KOTA BHARU – Keputusan Kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) kepada semua petugas kesihatan dimuktamadkan selewat-lewatnya Jun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dalam perbincangan di peringkat akhir sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Setakat ini, kita masih belum dapat membuat keputusan dalam tempoh terdekat dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat nanti.
“Saya seboleh-bolehnya mahu perkara ini diselesaikan seberapa segera (dalam bulan ini),”katanya pada sidang akhbar sempena Program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan 2025 di sebuah kompleks beli-belah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dzulkefly memberitahu, pengumuman mengenai kenaikan ETAP tidak akan dilengah kerana beliau memperjuangkan isu tersebut malah ia sudah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ada menyebut dalam Belanjawan 2025.- https://amiminerals.org/