Kepala berjahit angkara kera

WhatsApp Image 2025 05 31 at 16.36.05

Bapa mangsa, Mohd. Affandi Ab. Ghani (kiri) menunjukkan kepala Muhammad Afif yang dijahit tiga jahitan selepas terjatuh dari motosikalnya apabila dikejar sekumpulan kera di Kampung Batu Lada, Kuala Krai kelmarin. FOTO ROSMIZAN RESDI

KUALA KRAI – Seorang remaja lelaki menerima tiga jahitan di kepala selain cedera pada beberapa bahagian badan selepas motosikal ditunggang terbalik setelah diserang kera di Kampung Batu Lada di sini kelmarin.

Mangsa, Muhammad Afif Mohd. Affandi, 16, berkata, dalam kejadian pukul 7 pagi itu, dia sedang membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang terletak 200 meter dari rumahnya.

Katanya, lokasi itu kerap menjadi tumpuan kera yang keluar mencari makanan hasil sisa buangan.

“Terdapat lebih 10 ekor kera berkeliaran berhampiran tong sampah dan cuba menerkam ke arah saya. Keadaan itu menyebabkan saya terkejut lalu terjatuh motosikal.

“Mujur kejadian itu disedari oleh jiran yang kebetulan lalu di situ dan membantu menghantar saya pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, dia kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini dan menerima tiga jahitan di kepala selain cedera di bahu, lengan dan pinggang.-https://amiminerals.org/