Kenderaan rasmi Pejabat Ahli Parlimen Sri Gading dirosakkan

WhatsApp Image 2025 05 11 at 15.27.54 79318e4f

SEBAHAGIAN kerosakkan yang berlaku keatas kenderaan rasmi milik Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading dilaporkan dirosakkan oleh individu tidak dikenali pada pagi semalam.

BATU PAHAT – Kenderaan rasmi milik Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading dilaporkan dirosakkan oleh individu tidak dikenali pada pagi semalam.

Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 11 pagi apabila Toyota Estima milik pejabatnya itu dipecahkan oleh suspek yang menaiki motosikal.

Katanya, pegawai yang bertugas di pejabat ketika kejadian cuba mengejar pelaku namun tidak berjaya, bagaimana pun nombor plat motosikal suspek sempat direkodkan.

“Satu laporan polis telah dibuat sejurus kejadian di Balai Polis Yong Peng dan pihak polis bertindak pantas dengan membuat tangkapan pada hari yang sama.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak IPD Batu Pahat atas tindakan pantas mereka,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor menyifatkan kejadian itu sebagai tidak wajar berlaku dan tidak berulang terhadap sesiapa

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) ini turut menyeru agar semua pihak berpolitik secara matang dan tidak bersikap taksub hingga mencetuskan tindakan ekstrem.

“Kita perlu mengurus perbezaan pandangan secara berhemah dan bijaksana,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Katanya, kes itu sudah diselesaikan dengan kejadian itu bukan bermotifkan politik sebaliknya suspek yang melakuannya adalah ‘orang sakit’.- https://amiminerals.org/