Kembali menagih dadah, bekas banduan dihukum penjara 5 tahun

WhatsApp Image 2024 09 09 at 2.25.44 PM

Anggota polis membawa Muhamad Shafik Asnor (tengah) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang bekas banduan kes dadah bagaikan tidak serik apabila sekali lagi ke tirai besi selepas dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine pada Februari lalu.

Tertuduh, Muhamad Shafik Asnor Muhammad Razali, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memasukkan dua dadah jenis dadah iaitu amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya.

Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua sabitan lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah tandas di Pejabat Bahagian Siasatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini pada 16 Februari lalu.

Muhamad Shafik Asnor didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan selain perlu menjalani perintah pengawasan selama dua tahun selepas dibebaskan nanti. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *