SUNGAI BULOH – Seorang banduan di Penjara Sungai Buloh di sini, disahkan maut selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di klinik penjara tersebut, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporkan berhubung kejadian itu daripada warden penjara tersebut sekitar pukul 10.43 malam.
Katanya, pengadu telah membawa banduan lelaki tempatan berusia 37 tahun ke Hospital Sungai Buloh selepas didapati tidak sedarkan diri.
“Sekitar pukul 10.25 malam, petugas hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, hasil bedah siasat dilakukan mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.
“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.-https://amiminerals.org/.