TAIPING – Peruntukan sebanyak RM40 juta diperlukan bagi membina semula Jambatan Sungai Slim di Tanjung Malim yang runtuh akibat kejadian kepala air minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Kerja Raya bagi mendapatkan peruntukan tersebut.
“Dalam masa yang terdekat ini, kerajaan negeri akan membina jambatan bailey bagi penyelesaian jangka pendek bagi keperluan penduduk setempat dan sekiranya telah siap maka kenderaan berat adalah dilarang menggunakan jambatan itu.
“Jika kita hendak bina jambatan baharu ia mengambil masa sehingga dua hingga tiga tahun yang mana ia menelan belanja kira-kira RM40 juta tidak termasuk lain-lain kos sampingan. Dua lagi jambatan kampung yang turut roboh dalam insiden itu akan dibina dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini. – Iteenews