SUBANG JAYA – Sebanyak 45 haiwan peliharaan yang diselamatkan dalam kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini sudah dikembalikan kepada pemilik.
Pengurus Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA), Kelvin Cheah berkata, setakat ini, pihaknya telah menyelamatkan sebanyak 56 haiwan melibatkan 46 kucing, lapan anjing dan dua ekor ular.
Menurut Kelvin, pihaknya turut menyediakan bekalan makanan, sangkar dan ubat-ubatan bagi memastikan haiwan yang diselamatkan pulih sepenuhnya.
“Daripada jumlah itu, lapan ekor kucing dan seekor anjing masih belum dituntut manakala selebihnya selamat dikembalikan kepada pemilik,”katanya ketika ditemui di pusat pemindahan segera (PPS) Kuil Sri Maha Kaliamman, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Kelvin berkata, bagi yang gagal diselamatkan, bangkai haiwan tersebut telah diserahkan kepada bomba untuk proses tanam.
“Haiwan ini mati akibat suhu yang dikatakan lebih 1,000 darjah celcius dan hanya tinggal tulang ketika ditemukan,”jelasnya.
Sebelum ini, media melaporkan dua ekor anjing peliharaan penduduk dilaporkan mati akibat rentung dalam kebakaran.- https://amiminerals.org/