KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan penyeludupan rokok, minuman keras dan ethyl alkohol serta kenderaan mewah bernilai lebih RM11 juta termasuk cukai di sekitar negeri ini baru-baru ini.
Kesemua rampasan tersebut dilakukan Pelabuhan Utara dan Barat selain sekitar Pelabuhan Klang , Petaling Jaya dan Tanjong Karang antara 22 Ogos hingga 27 September lalu.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, berdasarkan pecahan kes menunjukkan sejumlah 79,104 liter minuman keras diperoleh daripada menerusi pemeriksaan terhadap lima buah kontena dari sebuah negara di Asia Timur.
Katanya, dagangan itu telah diikrarkan sebagai rim roda trak yang tiba di pelabuhan pada 1 September lalu,
“Kita turut merampas 67,980 liter cecair ethyl alkohol dalam 412 tong drum yang berasal dari salah satu buah negara Asia Selatan.
“Kesemuanya tidak mempunyai permit import,”katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam, Pulau Indah hari ini.
Menurut beliau, pihaknya merampas 18,400 batang rokok susulan intipan terhadap sebuah kenderaan yang ditahan di kawasan parkir yang akan dihantar ke kedai runcit.
Ujarnya. rokok-rokok berkenaan juga diperoleh menerusi serbuan terhadap dua premis dijadikan sebagai kilang yang beroperasi tanpa kebenaran di Kampung Sungai Terap dan Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang.
“Premis itu telah dijadikan sebagai stor penyimpanan barangan larangan atau tidak berkastam,”katanya.
Dalam pada itu, Anis Rizana menjelaskan kenderaan mewah iaitu jenis Porsche Panamera, Mitsubishi Delica dan Toyota Harrier disita menerusi tiga buah kontena yang berasal dari negara Asia Timur.
“Kesemua kontena itu tiba di Pelabuhan Klang pada 17 Julai dengan kenderaan itu akan dijual di negara ini. Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,”katanya. -https://amiminerals.org/.