Kanak-kanak 10 tahun hilang di masjid

WhatsApp Image 2024 09 07 at 3.09.12 PM

Mohammed Ahil Sekh.

HULU SELANGOR – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa, Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dipercayai kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung kira-kira pukul 8.20 malam.

“Kanak-kanak tersebut yang berbangsa India dan beragama Islam menetap di Bukit Sentosa, Rawang.

“Mangsa kali terkahir dilihat memakai baju bewarna merah lengan panjang berlogo Manchester United serta berseluar panjang hitam,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak terbabit boleh menghubungi pegawau penyiasar jenayah Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 0360641222. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *