Kad bank tercicir, pemilik minta pencuri munculkan diri sebelum lapor polis

WhatsApp Image 2025 02 10 at 9.49.32 PM

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita mengalami kerugian hampir RM200 dalam sekelip mata apabila kad banknya digunakan oleh pencuri di beberapa buah pasar raya.

Menerusi perkongsian di Facebook Jerantut Viral oleh Haslina Daniel, dirinya tersedar kad banknya tercicir apabila menerima pesanan mesej berhubung transaksi pembayaran di sebuah pasar raya.

Menyedari hal itu, mangsa terus mencari kad banknya ketika berada di rumah sebelum mendapati ianya telah hilang.

Katanya, kad banknya itu dipercayai tercicir di kawasan Majlis Daerah Jerantut selepas membuat pembayaran lesen kedai.

WhatsApp Image 2025 02 10 at 9.50.01 PM
Tangkap layar yang dimuat naik mangsa menunjukkan beberapa transaksi berlaku setelah kad banknya tercicir.

“Kad bank telah dijumpai oleh seseorang manusia yang tidak jujur dan manusia itu telah menggunakan kad bank tersebut untuk membeli belah di dua pasar raya di Jerantut.

“Pesanan untuk manusia tu kalau anda ada terbaca hantaran ni minta mesej saya sebelum saya buat report polis dan tularkan kan muka anda! Ingat setiap pasaraya yang anda masuk ada televisyen litar tertutup,”tulisnya.

Di dalam tangkap layar pesanan mesej daripada pihak bank yang dimuat naik mangsa, sebanyak RM96.35 dibelanjakan di pasar raya pertama sebelum pencuri membelanjakan sebanyak RM89.50 di premis kedua.

Difahamkan, mangsa juga sudah menghubungi pihak bank untuk membuat penyekatan segera agar akses kepada kad tersebut tidak dapat digunakan.

Sementara itu, di ruangan komen ramai yang berharap agar pencuri tersebut dapat ditangkap dengan segera.

“Dekat pasar raya tu mudah je nak tangkap pelaku tu. Ada pula beli barang ada sen sen gitu. Geram betul, tak tahu halal haram,”komen Jaja.

“Fuh sedap dia belanja. Aduh itulah cabaran atau masalah bila boleh ‘pay wave’ ni,”komen Affeirul.

“Kasihan awak, semoga Allah gantikan dengan rezeki lain. Zaman sekarang bukan mudah nak cari duit,”komen Nor Syahida. – https://amiminerals.org/