Jualan kenderaan \’recond\’ dijangka cecah lebih 40,000 unit

WhatsApp Image 2024 12 16 at 4.36.51 PM 1

Nazari (tiga kiri) bersama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr. Mohd. Fo\’ad Sakdan (tiga kanan) menunjukkan dokumen perjanjian persefahaman MoU di Wisma Pekema, Cyberjaya hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

CYBERJAYA – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menjangka jualan kereta import terpakai mampu mencecah lebih 40,000 unit tahun depan.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, unjuran yang cukup positif tersebut turut berdasarkan prospek trend perniagaan kenderaan berkenaan sepanjang tahun ini.

“Justeru jika dilihat senario itu, kami boleh merumuskan bahawa pada 2025 nanti angka penjualan masih lagi berlegar menghampiri 50,000 unit,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau menandatangani memorandum persefahaman dimeterai antara Pekema dan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk kerjasama strategik bidang industri automotif.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazari berkata, secara umumnya, jualan kenderaan ‘recond’ atau terpakai dari luar negara jarang melepasi 10 peratus jumlah industri keseluruhan (TIV).

“Sehubungan itu Pekema menilai bagi tahun depan pula, sasaran ideal sekitar enam peratus daripada TIV atau kira-kira 40,000 sehingga 45,000 unit bagi pelbagai model,” jelasnya. – https://amiminerals.org/