JSJN tubuh pasukan khas siasat dron seludup dadah dalam penjara

WhatsApp Image 2024 08 12 at 2.32.16 PM

Kok Chin ketika berucap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. Foto Oleh NURUL NAJWA HASRAN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, kes penyeludupan membabitkan dron di penjara bukanlah sesuatu perkara yang baharu.

Katanya, tahun ini sahaja pihaknya merekodkan sebanyak tujuh kes penyuledupan dadah menggunakan dron di penjara membabitkan negeri Kedah, Melaka dan Sarawak.

“Sindiket ini cuba untuk kaburkan mata pihak polis dengan menggunakan dron untuk masukkan ke dalam (penjara).

“Kita akan siasat juga sama ada, adakah berlakunya salah laku babit pihak tertentu atau individu, semua kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Kata beliau, satu pasukan khas terdiri dari pasukan JSJN telah ditubuhkan untuk membantu siasatan penyeludupan yang berlaku di Penjara Tapah, Perak serta sebelumnya.

Sabtu lalu, cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara Tapah digagalkan oleh seorang warden yang ternampak dron itu di atas bumbung penjara.

Selepas memeriksa beg pakaian yang dipasang pada dron itu, warden menemui tiga paket berisi serbuk putih yang dipercayai heroin dan methamphetamin. – Iteenews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *