SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 6,687 aduan orang awam berkaitan kesalahan pengguna jalan raya menerusi aplikasi MyJPJ sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidifitri (HRA) 2025 di seluruh negara.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, aduan itu meliputi tiga kesalahan utama iaitu memotong barisan dengan 1,766 kes memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat (843) yang diperoleh sepanjang operasi yang dilaksanakan bermula 24 Mac lalu sehingga semalam.Jelas beliau, kesalahan itu dikesan pengguna jalan raya yang merakam gambar atau video sebelum memuat naik ke MyJPJ.“Menerusi 6,687 aduan itu, kesemua pesalah lalu lintas berkenaan telah dikenal pasti termasuk yang bakal dikenakan tindakan.“Kita mengeluarkan notis temu siasat kepada mereka supaya hadir ke pejabat JPJ sebelum kompaun kesalahan dikeluarkan,”katanya selepas meninjau penutupan operasi itu di Plaza Tol Kemuning di sini, malam tadi.Menurut Aedy, jumlah aduan MyJPJ itu amat tinggi berbanding kurang daripada 1,000 yang diterima pada bulan biasa.Dalam pada itu, beliau berkata, JPJmengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan ke atas kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan. – https://amiminerals.org/
Catatan Berkaitan

DAP salur RM965,000 bantu mangsa letupan paip gas Putra Heights
- admin
- 15/04/2025
- 0
Anthony Loke menyerahkan bantuan pada Program Penyerahan Bantuan Bencana untuk Mangsa Kebakaran Paip Gas Putra Height, di Stesen LRT Putra Height, hari ini. Foto oleh […]
Sekolah swasta perlu ada SOP tangani salah laku seksual – Nie Ching
- admin
- 13/04/2025
- 0
Nie Ching (duduk tiga kanan) pada sidang akhbar bersama enam mangsa yang gambar mereka disunting secara lucah sebelum dijual di Kulai, Johor hari ini. KULAI […]
Mayat lelaki terapung di Sungai Muda
- admin
- 11/11/2024
- 0
Satu mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Muda, Kuala Ketil di Baling hari ini. BALING – Dua lelaki yang mahu memasang pukat terkejut apabila menemui […]