JPJ \’perangi\’ kenderaan perdagangan pandu laju mulai bulan depan

WhatsApp Image 2025 04 14 at 8.26.23 AM e1744599887890

Aedy Fadly (kiri) beramah-mesra dengan sebahagian tetamu majlis Hari Raya Aidilfitri JPJ Terengganu, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ‘memerangi’ kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam yang memandu melebihi had laju ditetapkan mulai bulan depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, memandu melebihi had laju ditetapkan iaitu maksimum 80 kilometer sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri serta 90 km/j di lebuh raya dikenalpasti antara punca utama peningkatan kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan perdagangan termasuk pada musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Beliau berkata, tumpuan akan diberikan terhadap kenderaan perdagangan berkapasiti 7.5 tan ke atas yang didapati kerap mencetuskan kemalangan sejak akhir-akhir ini.

“Kes kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan semakin meningkat, salah satu faktornya ialah melebihi had laju ditetapkan.

“Ia merisaukan JPJ. Saya akan umum garis panduan baharu penguatkuasaan bagi menangani isu kenderaan perdagangan terlibat kemalangan ini pada bulan Mei depan,”katanya di sini malam ini.

Beliau ditemui sewaktu menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat JPJ Terengganu.

Aedy Fadly berkata, perincian garis panduan berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam yang melanggar had laju itu dalam penelitian JPJ bersama semua pemegang taruh termasuk Kementerian Pengangkutan.

Kosmo! Online semalam melaporkan kira-kira 20 buah kenderaan mengalami kerosakan akibat dirempuh sebuah lori di susur keluar berdekatan Plaza Tol Serenia, Dengkil, Selangor. – https://amiminerals.org/