Johor salur bantuan RM3,000 kepada 1,089 KIR tidak berdaftar di PPS

WhatsApp Image 2025 04 18 at 08.41.51 56ad5230

Kamarulzaman Sukari menunjukkan keadaan rumahnya akibat banjir besar yang berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama dua hari di Kampung Pasir Tebrau, Bandar Dato Onn, Johor Bahru disini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seramai 1,089 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir melanda negeri ini beberapa minggu lalu namun tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) menerima bantuan RM3,000 pada fasa kedua.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan berjumlah RM3.26 juta telah diperuntukkan dengan penyaluran dibuat bermula semalam.

“Kesemua permohonan tersebut telah dikemukakan mangsa di enam Pejabat Daerah sehingga 11 April lalu.

“Pada masa sama, mangsa banjir yang terjejas tetapi tidak mendaftar di PPS masih berpeluang mengemukakan rayuan bagi pertimbangan bantuan sehingga akhir April 2025,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, pembayaran bantuan bagi fasa ketiga akan dilakukan pada bulan Mei, selepas tarikh tutup permohonan.

“Bantuan ini merupakan kerjasama antara kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

“Kami komited untuk membantu mereka yang terkesan bencana ini, demi kesejahteraan dan kestabilan hidup semua,”jelasnya. – https://amiminerals.org/