Johor buat kajian sebelum keluarkan fatwa berkaitan GISBH

WhatsApp Image 2024 09 20 at 18.01.55 7364b3b4

MOHD. FARED (kiri) menunjukkan sebahagian barang-barang keperluan sumbangan orang ramai untuk dihantar ke Palestin ketika ditemui dalam program Jelajah Orang Mahkota di Taman Kasih, Kluang hari ini.

KLUANG – Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor terlebih dahulu akan membuat kajian mengenai kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, fatwa hanya boleh ditetap oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas diperkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISBH yang diputuskan sesat di Perlis, kita di Johor ambil maklum fatwa itu.

“Di Johor, ada kaedah dan tatacaranya. Jawatankuasa Fatwa Negeri akan membuat kajian dan ketetapan sebelum nanti diperkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim,”katanya ketika Jelajah Orang Mahkota (JOM) di Masjid Jamek Taman Kasih di sini hari ini. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *