JDT \’pening kepala\’ import berlambak

JDT 3

BIDOGLIO perlu bijak memilih import terbaik untuk turun menentang Kuching City pada aksi Liga Super malam ini. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio ‘pening kepala’ untuk membariskan skuad terbaik menentang Kuching City FC pada aksi Liga Super malam ini setelah mempunyai lambakan pemain import.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, ada pemain yang perlu diturunkan bagi mendapat minit permainan sekali gus memperhebatkan keserasian dalam skuad Harimau Selatan.

Katanya, dia tidak mengambil mudah perkara itu memandangkan pasukan lawan tak kurang hebatnya dan menjangkakan satu pertembungan yang sengit di Stadium Sultan Ibrahim.

“Saya menjangkakan ia akan menjadi satu pertemuan yang sukar. Sudah tentu saya akan membariskan kesebelasan utama yang terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada JDT.

“Dalam masa yang sama, saya juga akan memastikan pemain tertentu mendapat minit permainan mencukupi, jadi saya akan menunggu ke hari terakhir untuk memutuskan sama ada membuat penggiliran pemain atau mengekalkan skuad sama,”ujarnya.

Tambah Bidoglio, mentaliti pemain dan atmosfera di bilik persalinan yang berada di tahap terbaik dapat menjamin aksi bertenaga semasa di atas padang.

Katanya, walaupun momentum kemenangan sangat positif, masih ada ruang yang boleh ditambah baik setelah pasukan akan berdepan satu lagi perlawanan sukar dalam saingan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) selepas perlawanan menentang Kuching City.

“Pada pertemuan sebelum ini, kita sedikit leka setelah selesa berada di hadapan yang memberi ruang kepada pasukan lawan mencipta jaringan. Itu antara aspek yang perlu ditambah baik.

“Bahagian pertahanan kini semakin utuh dan kita bermain dengan lebih kompak ketika bertahan. Prestasi ini perlu dikekalkan setelah kita akan berdepan dengan pasukan yang lebih kuat dalam saingan ACLE,”ujarnya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *