JAS siasat kes tumpahan minyak di Port Dickson

tumpahan minyak jimah portdickson tumpahan minyak

PEGAWAI JAS mengambil sampel bagi menyiasat kejadian tumpahan minyak di Jimah, Port Dickson, semalam.

SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menyiasat kejadian tumpahan minyak di pintu kawalan pasang surut saliran Chuah, Gate B di Jimah, Port Dickson semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sebanyak empat sampel telah diambil selepas aduan diterima daripada pengadu.

“Empat sampel itu merangkumi minyak yang bertakung atas tanah, air sungai di pintu kawalan pasang surut saliran Chuah, Gate B, air longkang di lot tanah serta tanah tercemar.

“JAS menerima maklumat daripada orang awam yang menyatakan berlaku tumpahan minyak yang mengalir dari saliran rancangan Chuah ke pintu kawalan pasang surut Chuah. Pengadu memaklumkan aliran itu berwarna hitam pekat dan gelap.

“Siasatan dan pemantauan mendapati aliran air terus mengalir ke pintu kawalan pasang surut saliran Chuah, Gate B,” katanya ketika dihubungi. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *