PETALING JAYA – Seorang penumpang berkongsi pengalaman cemas hampir terjerat dalam kes penyeludupan barang terlarang selepas membantu individu tidak dikenali dalam penerbangan ke Dubai.
Dalam perkongsian di media sosial, individu tersebut menceritakan mak cik itu meminta bantuan untuk mengangkat begnya ke ruang simpanan atas, tetapi seorang lelaki di tempat duduk berhampiran tampil membantu.
Sepanjang penerbangan, penumpang tersebut bersikap ramah, memulakan perbualan panjang, dan mula memanggil individu itu sebagai ‘anak.’
Namun, situasi berubah ketika pesawat hendak mendarat. Mak cik itu tiba-tiba mengadu sakit perut dan memegang tangan individu tersebut erat, membuatkan orang di sekeliling menganggap mereka mempunyai hubungan keluarga.
“Masa dah mendarat, abang yang tolong mak cik tadi keluarkan beg dia dan bisik dekat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni. Dia juga pesan untuk terangkan dekat krew kabin yang kami tak melancong sekali,” katanya.
Keadaan menjadi lebih mencurigakan apabila penumpang itu merayu agar individu tersebut membawa beg miliknya semasa keluar dari pesawat. Namun, lelaki yang membantu sebelum ini memberi amaran secara senyap agar permintaan itu tidak dilayan.
Menurutnya, situasi di lapangan terbang itu menjadi kecoh apabila mak cik tersebut melarikan diri dari kerusi roda sambil membawa begnya. Namun, pihak polis berjaya menahannya.
“Masa tu la mak cik tu menjerit, panggil aku ‘anak’ dan tuduh aku tinggalkan dia. Baru aku sedar, mak cik ni rupanya bawa barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.
“Nasib baik abang tadi datang back up (sokong) aku, terangkan yang aku ni stranger (orang tak dikenali) je. Polis mintak mak cik tu bagi nama penuh aku, tapi dia tak boleh jawab sebab aku tak pernah bagitahu nama aku dengan dia,” luahnya.
Polis kemudian memeriksa barang-barangnya secara menyeluruh sebelum akhirnya membebaskannya setelah mendapati tiada kaitan dengan barang terlarang tersebut.
Kejadian ini menjadi peringatan kepada para penumpang supaya berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang baru dikenali, walaupun kelihatan tidak berbahaya. Menurut individu itu, kini dia lebih berwaspada dan menyerahkan sepenuhnya urusan seperti mengangkat beg kepada kru kabin.
“Baik hati itu boleh, tapi sentiasa berhati-hati. Kadang-kadang, nyawa boleh jadi taruhan,” katanya dalam perkongsian tersebut. – https://amiminerals.org/.