PETALING JAYA – Sifat sakit hati atau dendam lama yang dipendam boleh membuatkan seseorang individu itu tidak senang melihat kebahagian orang lain akan dipanggil ‘joy killer’ dan situasi itu sangat membahayakan.
Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan, ada orang tidak boleh tengok orang lain bahagia bukan sebab dia jahat namun disebabkan dia sendiri masih belum pulih.
“Sakit hati dia belum selesai… luka lama masih berdarah. Jadi bila nampak orang yang pernah buat dia terluka, tiba-tiba senyum dan bahagia, dia rasa macam dunia tak adil.
“Lalu dia tulis. Dia sindir. Dia balas. Dia cuba jadi joy killer. Tapi sayang… Bahagia orang lain tak pernah padamkan luka kita dan dendam tak pernah tenangkan hati yang pecah,”tulis hantaran di Facebook rasmi PHM.
Jelas PHM lagi, jika seseorang itu pernah dikhianati atau dibuli, marah dan menangislah namun selepas itu lepaskan segala masalah tersebut jangan disimpan sebagai dendam di dalam hati.
“Kalau kau pernah dikhianati… tak apa. Marahlah. Menangislah. Tapi lepas tu, lepaskan.
“Kita tak perlu jadi watak jahat dalam cerita orang, hanya sebab kita pernah jadi mangsa dalam kisah lama. Diam itu bukan kalah.
“Kadang-kadang… diam itu tanda seseorang dah menang atas emosinya sendiri,”tulis hantaran itu lagi. – https://amiminerals.org/.