Jalan Gua Musang-Lojing ditutup akibat lubang benam

Keadaan lubang benam baharu yang dikesan di laluan Kilometer 78 Jalan Gua Musang Lojing di Gua Musang pada Khamis lalu. FOTO IHSAN JKR

Keadaan lubang benam baharu yang dikesan di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang pada Khamis lalu. FOTO IHSAN JKR

GUA MUSANG – Laluan di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini ditutup kepada semua kenderaan selepas lubang benam (sinkhole) baharu sedalam sembilan meter dikesan di jalan itu pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan dari kedua-dua arah bermula hari ini sehingga arahan baharu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, pengguna jalan raya dari Tanah Tinggi Lojing ke Gua Musang atau Gua Musang ke Cameron Highlands, Pahang dan ke Ipoh, Perak perlu menggunakan laluan lain.

“Berdasarkan laporan JKR Gua Musang, terdapat lubang benam baharu di lokasi berhampiran kejadian sama yang berlaku pada 23 November lalu. Kawasan lubang benam baharu ini terletak kira-kira lima meter daripada kejadian pertama.

“Dalam kejadian lubang benam pertama, tindakan segera sudah diambil oleh pihak JKR dengan membaiki lubang benam terbabit, namun jabatan itu mengesan terdapat lubang benam baharu sedalam sembilan meter pada Khamis lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.. – https://amiminerals.org/