‘Jaga’ sebak dapat basikal baru

WhatsApp Image 2025 01 28 at 10.11.34 AM

Tangkap layar video tersebut yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan sebak menerima basikal baharu selepas basikalnya dicuri oleh individu tidak dikenali.

Melalui satu rakaman yang tular di TikTok, kejadian itu berlaku semasa lelaki tersebut bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah klinik swasta di sekitar Shah Alam, Selangor.

Ketika kejadian itu, melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dapat dilihat pengawal keselamatan itu masuk ke dalam klinik untuk mengambil kerusi.

Sebaik sahaja dia masuk ke klinik itu, kelihatan seorang lelaki menghampiri basikal berkenaan dan terus membawa lari basikal tersebut.

Susulan kejadian itu, kaki tangan klinik tersebut bersepakat mengumpul duit untuk membelikan basikal baharu buat pengawal keselamatan terbabit.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan pekerja klinik tersebut yang prihatin terhadap pengawal keselamatan mereka.

“Alahai dia yang dapat basikal, kita yang sebak. Seronok tengok kebaikan masih lagi wujud,” kata Qila.

“Tak malunya yang mencuri itu, sihat tubuh badan tetapi mencuri barang orang yang sedang bekerja,” kata Zura.

“Nampak baik sangat dia, basikal hilang pun senyum,” kata Faiz.

“Harap dia kunci basikal selepas ini, jahat betul yang mencuri,” kata Aiem. – https://amiminerals.org/