KUALA LUMPUR – Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam disifatkan platform terbaik bagi menangani jurang perlindungan yang wujud antara pemain industri gig dan sektor formal.
Peserta seminar bertajuk Keselamatan Sosial Untuk Bekerja Sendiri dan Pekerja Platform dari seluruh dunia tertumpu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini untuk menyertai panel perbincangan yang mengupas pelbagai isu semasa.
Menerusi penganjuran ISSA 2024, beberapa objektif utama turut dicapai khususnya bagi meningkatkan kesedaran berhubung pelaksanaan inisiatif bagi memperluaskan perlindungan kepada kumpulan berkenaan. -Iteenews