Israel serang selatan Beirut

israel serang beirut

Sebuah bangunan musnah dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut hari ini. – Al Mayadeen

BEIRUT – Serangan udara Israel menyasarkan sebuah bangunan bertingkat di pinggir selatan ibu kota Lebanon, Beirut, awal hari ini, lapor laman berita Al Mayadeen.

Angka kematian awal yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Lebanon mendedahkan bahawa tiga orang awam maut dan empat lagi cedera akibat serangan itu. 

Pada pagi ini, angka yang dikemas kini menyaksikan jumlah mangsa cedera meningkat kepada tujuh orang. Salah seorang daripada mereka yang meninggal dunia ialah wanita.

Serangan itu dibuat tanpa amaran daripada pihak berkuasa Israel, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh agensi perisikan dalaman Shin Bet.

Walaupun tentera pendudukan Israel dan Shin Bet mendakwa serangan mereka menyasarkan seorang tokoh kanan Hezbollah, sumber Al Mayadeen mengesahkan bahawa salah seorang mangsa ialah ahli parti biasa.

Sejak 27 November 2024, askar Rejim Zionis telah melakukan ratusan pelanggaran gencatan senjata terhadap Lebanon. 

Namun, hanya satu serangan udara di pinggir bandar selatan Beirut sehingga kini yang dilakukan pada 28 Mac 2025 lalu. – AGENSI