IShowSpeed \’u turn\’ balik Malaysia live di Stadium Sultan Ibrahim

WhatsApp Image 2024 09 23 at 9.38.28 AM

Tangkap layar video siaran langsung IShowSpeed dan gambar yang dimuat naik Tunku Mahkota Ismail di aplikasi X.

PETALING JAYA – Pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed membuat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila berpatah balik ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

YouTuber yang mempunyai lebih 50 juta pengikut itu sepatutnya dijadualkan membuat siaran langsung di Universal Studio, Singapura malam tadi.

Bagaimanapun, siaran langsungnya bukan sahaja terhenti malah terpaksa dipadam kerana undang-undang Singapura yang menitikberatkan tentang rakaman berunsur hiburan.

Disebabkan itu, IShowSpeed akhirnya membuat keputusan untuk memenuhi jemputan Tunku Mahkota Ismail dengan menemuinya di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Difahamkan, IShowSpeed terpaksa menolak jemputan Baginda sebelum ini kerana sudah membeli tiket penerbangan ke Indonesia bagi melengkapkan siri jelajahnya ke Asia Tenggara.

“Saya terbaca komen menyatakan saya sudah dekat dengan Malaysia jadi ayuh kita mulakan.

“Dua siaran langsung dalam satu hari. Kita akan berjumpa dengan putera (Tunku Mahkota Ismail) dengan singkat,”katanya ketika baru tiba di stadium tersebut.

Sementara itu, menerusi akaun rasmi Tunku Mahkota Ismail, Baginda turut memuat naik empat keping gambar memaparkan pertemuan singkat bersama YouTuber yang turut hadir memakai jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Beberapa video tular menunjukkan Tunku Mahkota Ismail juga sempat menjemput IShowSpeed ke kediamannya di Singapura di mana putera dan puteri Baginda turut berada di sana.

Sebelum ini IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. dilaporkan berkunjung ke Malaysia sebagai destinasi pilihan siri jelajahnya melawati negara di Asia Tenggara.

Pemuda tersebut sebelum ini telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja dan Thailand, seterusnya ke negara ini serta mengakhirinya jelajahnya ke Singapura. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *