\’Ingat pahala dosa\’ – Abby Abadi backup Fazura

WhatsApp Image 2024 11 09 at 4.05.04 PM

ABBY dihujani kecaman sehingga dilabel suka ‘back up’ rakan artis

SEMAKIN dikritik, semakin rancak bersuara. Itu apa yang Diva nampak situasi dilalui Abby Abadi baru-baru ini.

Bermula dengan tindakannya mempertahankan nyanyian Fazura baru-baru ini, Abby kemudian dihujani kecaman sehingga dilabel suka ‘back up’ rakan artis.

Diva bersimpati dengan abby, iyalah, usahanya yang cuba mempertahankan rakan seindustri dikritik malah diminta pula untuk turut sama mengecam artis lain.

“Berpada-pada dalam apa keadaan sekali pun, ingat dosa pahala.

“Kita ini hidup tak lama, apa yang sampai nak marah sangat tu?

Saya cuma minta apa pun keadaan, bersederhana dan beringatlah selalu. Kita orang Islam, semoga sama-sama dapat menggapai syurga, amin,” katanya.

Diva pun setuju dengan apa yang Abby kongsi, janganlah kecam berlebih-lebihan. Semua ada kekurangan dan boleh diperbaiki.

Harap Fazura terima nasihat orang ramai yang memintanya pergi kelas vokal ya.

DIVA: Dengarnya ramai nak belajar masak sambal udang selepas ibu Fattah Amin dedah makanan kegemaran anak lelakinya itu.