Ibu tunjal kepala anak berlari depan dobi ditahan polis

WhatsApp Image 2025 04 22 at 12.23.58 PM

Tangkap layar CCTV memaparkan seorang wanita memukul dan memarahi anak perempuan di sebuah dobi di Kemaman baru-baru ini.

KEMAMAN – Seorang wanita berusia 45 tahun bagi membantu siasatan penyebaran klip video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) seorang kanak-kanak perempuan dipukul dan dimarahi ibunya di sebuah dobi di daerah ini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, suspek telah ditahan semalam bagi bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 18A akta sama.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati insiden yang tular di media sosial tersebut berlaku pada pukul 3 petang, 16 April lalu.

“Pemeriksaan mendapati mangsa yang merupakan anak perempuan suspek berusia sembilan tahun mengalami kecederaan ringan pada bahagian dahi dipercayai disebabkan insiden terbabit. Hasil soal siasatan awal, mangsa dimarahi dan dipukul selepas berlari-lari di hadapan dobi terbabit sewaktu menemani ibunya,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, suspek dipercayai gagal mengawal kemarahan sewaktu menegur anak perempuannya kerana
bimbang tindakan berlari-lari di hadapan premis perniagaan itu boleh mengundang bahaya dan kecederaan.

Beliau berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Kemaman di sini dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. – https://amiminerals.org/