Ibu berpantang kena tipu lebih RM29,000

PAKEJ BERPANTANG IBU BERSALIN SCAM

Tangkap layar senarai nama mangsa dan jumlah kerugian yang dialami mereka dikongsikan oleh salah seorang mangsa di Threads semalam.

PETALING JAYA – Seramai 30 individu tampil menuntut bayaran semula daripada sebuah syarikat yang menawarkan pakej berpantang ibu bersalin ekoran didakwa telah menghilangkan diri selepas menerima bayaran.

Menerusi perkongsian salah seorang mangsa di aplikasi Threads @odahoddt, dia mendakwa syarikat tersebut gagal dihubungi selepas pelanggan membuat bayaran dan pada tarikh dijanjikan, tiada seorang pekerja atau bidan hadir ke rumah mereka.

Dia juga mendakwa, syarikat tersebut masih menawarkan pakej berpantang kepada pelanggan-pelanggan baharu dengan memuat naik iklan serta tawaran menarik bagi ‘memancing’ mangsa seterusnya.

“Bila pelanggan baharu nak tempah pakej pantang, dia masih ambil duit, yang orang lain minta bayaran balik, penuh dengan alasan.

“Apa punya manusia scam orang dalam pantang,” katanya.

Pengguna Threads tersebut turut memuat naik 30 senarai nama mangsa yang ketika ini sedang berjuang menuntut bayaran balik melebihi RM29,000.

“Sila munculkan diri dan bertanggungjawab. Tak ada perkhidmatan selepas dah bayar. Ayat manis nak bagi refund (bayaran balik) tapi tak selesai juga. Pulangkang duit kami, kami tak halalkan,” tegasnya. – https://amiminerals.org/