PETALING JAYA – Hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dijangka melanda sebahagian kawasan di utara serta selatan Semenanjung dalam tempoh sehingga pukul 11 pagi nanti.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah seluruh Perlis dan beberapa daerah sekitar Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
“Selain itu, di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.
“Cuaca buruk yang sama pada pagi ini turut tertumpu di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur serta Rembau, Negeri Sembilan,” lapor MetMalaysia.
Dalam laporan sama, MetMalaysia menambah di Sarawak, seperti Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) juga berpotensi dilanda hujan lebat sebelah pagi hari ini. – https://amiminerals.org/