Himpunan 4×4 25 Mei depan, hargai sukarelawan banjir

WhatsApp Image 2025 03 02 at 12.23.48 1

Azmar (tengah) pada sidang akhbar yang diadakan di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Lebih 5,000 komuniti pemilik dan peminat kenderaan pacuan empat roda (4X4) dari seluruh Malaysia bakal berhimpun dalam acara Truck Fighter Meet & Show Event 1.0 pada 25 Mei depan.

Penganjur program, Azmar Zaki Ayub berkata, acara tersebut akan diadakan di kawasan Stadium Shah Alam, Selangor yang turut melibatkan komuniti 4X4 dari negara Thailand.

Menurut beliau, acara itu bertujuan memperkukuh solidariti dalam kalangan pemilik 4X4 serta menghargai peranan mereka dalam kerja-kerja sukarelawan, terutamanya dalam operasi menyelamat ketika bencana banjir.

“Selain itu, ia juga memberi peluang  kepada usahawan bengkel 4×4 untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada khalayak yang lebih luas.

“Acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan pertandingan autoshow dengan 21 kategori unik serta cabutan bertuah utama iaitu sebuah Toyota Hilux serta pelbagai hadiah menarik seperti sport rim 4×4, set tayar dan lain-lain,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmar berkata, jika sambutan kali ini memberangsangkan, acara ini bakal dijadikan sebagai acara tahunan bagi merancakkan lagi industri permotoran di Malaysia.

Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan semua peminat 4X4 dan orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan acara ini. – https://amiminerals.org/