PETALING JAYA – Pelakon Iqram Dinzly menggesa orang ramai untuk berhenti membuat andaian tentang kematian isteri kepada sahabatnya, Ridzuan Rokumura iaitu Allahyarhamah Akiko Okumura.
Menerusi siaran langsung di akaun TikTok, Iqram atau nama sebenar Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkongsi mengenai sifat keperibadian Allahyarhamah Akiko yang baik.
“Dia (Allahyarhamah Akiko) memang taat setia, bercakap dengan penuh kesopanan kesusilaan.
“Korang (kamu semua) tak payah (tidak perlu) sibuk nak buat kerja Tuhan, yang patut korang sibuk adalah menurut perintah Tuhan.
“Saya tak faham yang ramai membuat andaian, bila dah keluar secara terbuka menyatakan bahawa semuanya disahkan oleh pihak berkuasa masih lagi ada banyak andaian kenapa ?,” kata Iqram melalui ‘live’ semalam.
Terdahulu, polis mengesahkan wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, dekat sini pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh, Ridzokumura. -KOSMO! ONLINE