Hati-hati orang Kuala Pilah, ada lelaki guna RM100 palsu

Tangkap layar video tular

Tangkap layar video tular berdurasi 39 saat memaparkan seorang lelaki membuat pembelian menggunakan wang palsu di Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Beberapa peniaga di Pekan Kuala Pilah, di sini, mendakwa menerima wang palsu bernilai RM100 daripada seorang lelaki tidak dikenali ketika berurus niaga dalam kejadian Ahad lalu.

Malah, aksi lelaki berkenaan melarikan diri setelah wang palsu berkenaan disedari oleh petugas pasar raya terakam jelas dalam televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

duit palsu
Seorang lelaki dipercayai membuat pembelian menggunakan wang palsu di Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, pihaknya telah menerima laporan polis kira-kira pukul 10 pagi, Isnin lalu berkaitan wang palsu berkenaan.

“Hasil semakan rakaman CCTV menunjukkan pelanggan seorang lelaki Melayu telah beredar selepas menyedari kantoi menggunakan duit palsu menggunakan kereta jenis dan warna tidak pasti,”katanya hari ini.

Sementara itu, salah seorang mangsa duit palsu pada hari sama berkata, selepas diteliti, rupanya tiada imej Yang Di-Pertuan Agong MaIaysia pertama yang jelas serta wang kertas juga bersaiz agak kecil berbanding wang kertas sebenar.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 39 saat memaparkan seorang lelaki membuat pembelian, namun akhirnya segera beredar dari kedai sebaik pekerja kedai mahu mengesahkan wang berkenaan adalah palsu. – https://amiminerals.org/