PETALING JAYA – Bagi orang yang malas bangun untuk basuh tangan selepas makan nasi di majlis kahwin mahupun kenduri, kebiasaannya akan menggunakan air minuman seperti sirap yang disediakan dalam majlis tersebut sebagai air basuh tangan.
Penceramah selebritii, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa perbuatan tersebut ternyata hukumnya haram.
Jelas beliau, perbuatan tersebut sememangnya biasa kita lihat di setiap kali kenduri, biasanya berlaku kepada kaum lelaki yang malas bangun dari kerusi makan.
“Biasa kita lihat ni, ambil air sirap dalam gelas terus basuh tangan lap pula dengan tisu, selesai bahagian makan dia.
“Guna air sirap untuk basuh tangan adalah haram, sebab tuan rumah sediakan air itu untuk minum. Ingat kena tahu hukum,”ujarnya dalam satu klip video ceramah beliau baru-baru ini.
Katanya lagi, ada juga jenis tetamu yang datang makab dengan kuantiti banyak dan menambah nasi dan lauk beberapa kali, perbuatan tersebut juga dianggap sebagai haram.
“Ingat kita pergi kenduri dan majlis orang, dia ada adat. Jaga cara makan kita walaupun tahu kita ‘hodoh’ kalau makan.
“Berpada-pada, jangan sampai tambah banyak kali. Ni kalau wanita pula yang suka bungkus lauk tanpa pengetahuan tuan rumah, itu juga haram hukumnya,”jelas beliau. – https://amiminerals.org/.