Hampir 3 juta pelancong China melawat Malaysia

WhatsApp Image 2024 12 10 at 2.42.29 PM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima seramai 2,990,711 pelancong dari China bagi tempoh Disember 2023 sehingga Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, jumlah tersebut meningkat lebih 140 peratus berbanding 1,225,214 pelancong yang dicatatlan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Merujuk kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, bagi tempoh sama, jumlah ketibaan pelawat dari China yang memasuki Sarawak adalah seramai 64,051,”katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai jumlah pelancong dari China yang telah melawat ke Malaysia dan Sarawak selepas perjalanan tanpa visa dilaksanakan. – https://amiminerals.org/