Had laju maksimum 30 km/j di kawasan sekolah akan digazetkan

fd89e6d5 d0e1 4071 a804 f56baa72ddfa

Anthony ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MKJR Malaysia Ke-61 dan melancarkan Program My Safe Road di Seremban di Seremban hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Had laju maksimum di kawasan sekolah kepada 30 kilometer per jam (km/j) akan digazetkan dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya terutama pelajar sekolah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) telah membuat keputusan mengenai dasar untuk menurunkan kadar had laju di semua kawasan zon sekolah daripada 50 km/j kepada 30 km/j.

“Ini merupakan satu data saintifik yang telah pun dibuat kajian yang mana kalau dapat dikurangkan kepada 30 km/jam, risiko kematian akibat daripada kemalangan agak rendah.

“Secara purata, sebanyak 70 kes kematian direkodkan setiap tahun akibat kemalangan di kawasan sekolah melibatkan pengguna jalan raya,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia Ke-61 melancarkan Program ‘My Safe Road’.

Anthony berkata, langkah menurunkan had kelajuan tersebut dibuat mengikut piawaian antarabangsa dan bukanlah perkara baharu. – https://amiminerals.org/