Guru sangka ditipu rakan menang RM1 juta

WhatsApp Image 2024 11 21 at 17.29.13

Mohd. Azriaen menerima replika cek SSP daripada Pengarah Negeri BSN, Zahari Ali (kanan) pada majlis tersebut di Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – “Saya awalnya sangka rakan hanya ‘lipak’ (menipu), namun kemenangan RM1 juta itu ternyata benar,”.

Demikian kata Mohd. Azraien Rajab, 47, yang tidak menduga panggilan telefon rakannya yang gemar bergurau mengubah hidupnya menjadi ‘jutawan segera’ menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Guru bahasa Arab Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Perdana di sini, menjadi individu ke-105 terpilih memenangi cabutan berkenaan bagi bulan Oktober lalu.

Menurut Mohd. Azrien, dia mengetahui perkara itu ketika sedang memandu pulang daripada bercuti di kampungnya di Bachok, Kelantan pada 3 November lalu.

“Pada waktu itu, saya berada di Kuala Krai dan seorang rakan baik menelefon memaklumkan nama saya diumum sebagai pemenang cabutan hadiah RM1 juta SSP berkenaan.

“Seakan sukar percaya, saya segera melihat rakaman ‘live’ (siaran langsung) pengumuman itu dan sah memenanginya,”katanya ketika ditemui di Cawangan Utama BSN Selangor di sini, petang ini.

Jelas bapa kepada dua anak itu, dia mula membuat simpanan dengan SSP sejak memperoleh gaji pertamanya sebagai guru pada 2008.

“Kebiasaannya saya akan membuat tabungan kira-kira RM50 sebulan dan kini mempunyai simpanan lebih RM10,000. Alhamdulilah, rezeki berpihak kepada saya yang sehingga kini masih lagi seperti bermimpi memenangi wang sebanyak itu,”ujarnya.-https://amiminerals.org/- https://amiminerals.org/