Guru Agama Johor raih pencapaian GOLD

WhatsApp Image 2025 05 25 at 11.07.11 AM e1748146978206

Abdul Shahrul Azraf Abdul Aziz menunjukkan sijil dan hadiah bagi pencapaian GOLD International Language And Education Innovation Competition 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang guru Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) mencipta sejarah apabila meraih pencapaian Gold pada International Language And Education Innovation Competition 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, baru-baru ini.

Guru tersebut Abdul Shahrul Azraf Abdul Aziz, 28, menampilkan inovasi bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami mata pelajaran tajwid, faraidh dan ibadat dengan lebih mudah cepat.

Katanya, inovasi tersebut yang dinamakan HBC Station atau Huruf, Bacaan, Contoh, Networking juga meraih GOLD pada pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa pada tahun lalu.

Menurut beliau, selain mata pelajaran berkaitan pendidikan Islam, dia yang merupakan guru di Sekolah Agama (SA) Seri Bahagia Benut turut menampilkan subjek bahasa Melayu sebagai contoh.

“Saya merupakan satu-satunya peserta dari guru agama dimana sebuah peserta mempersembahkan inovasi subjek akademik seperti biologi, fizik, kimia sains dan sebagainya.

“Saya bersaing dengan guru-guru dibawah Kementerian Pendidikan dengan 100 inovasi telah dipertandingkan termasuk peserta dari negara Asean,” katanya ketika ditemui selepas majlis penghargaan oleh pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut di Surau Al Huda Kampung Puteri Menangis, disini, hari ini. – https://amiminerals.org/