BESUT – Seorang graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap meraih RM2,000 sebulan dengan menjual puding pada harga RM1 sebekas. Auni Balqis Adenan, 25, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia berkata, dia tidak menyangka puding yang dijual sejak tiga bulan lalu mendapat permintaan ramai. “Saya belajar buat puding di media sosial. Selepas beberapa kali mencuba, saya mula mengambil tempahan dan tidak sangka ia mendapat sambutan,” katanya ketika ditemui di Taman Koperat Putera di sini semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya