PETALING JAYA – Sepanjang bulan Disember ini, Grab Malaysia menawarkan ganjaran istimewa kepada semua pelanggan yang menempah perkhidmatan menerusi GrabCar.
Ganjaran paling istimewa menerusi kempen akhir tahun itu termasuk pulangan mata ganjaran sehingga sembilan kali ganda GrabRewards kepada ahli GrabUnlimited (GU)
Malah, jika pelanggan bukan dalam kalangan ahli GU juga, mereka turut diberikan mata ganjaran 0.75 GrabRewards.
Bagi menikmati ganjaran istimewa ini, pelanggan menggunakan perkhidmatan GrabCar perlu membuat pembayaran menggunakan aplikasi GrabPay, GXBank, PayLater by Grab.
Sekiranya pelanggan membayar secara tunai, kad debit atau kad kredit, ahli GU hanya menerima ganjaran 7.5 ganda sahaja mata GrabRewards.
Bagi bukan ahli GU, tiada sebarang gandaan ganjaran GrabRewards diberikan kepada mereka.
Menurut Grab, ganjaran mata ini juga akan diberikan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan GrabCar di negeri-negeri terpilih sahaja.
Ia meliputi sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah serta Sarawak.
Jelas Grab, mata ganjaran yang terkumpul di GrabRewards itu boleh ditebus pada bila-bila masa sama ada menebus untuk penghantaran dan makanan percuma serta pelbagai ganjaran menarik lain.
Untuk pelanggan bukan GU pula, Grab turut menawarkan pelbagai promosi sempena kempen akhir tahun termasuk langgan untuk menjadi ahli GU iaitu serendah RM3.99 sebulan berbanding RM4.90 sebelum ini.
Grab berkata, kempen itu adalah bagi membantu seluruh rakyat Malaysia untuk berjimat menerusi pelbagai perkhidmatan yang disediakan di platform terbabit.
Antara promosi lain ditawarkan Grab sempena kempen akhir tahun ini adalah diskaun sehingga 15 peratus untuk pesanan makanan secara berkumpulan, menerusi GrabFood Dine Out Deals.
Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus apabila menikmati hidangan bersama keluarga di restoran-restoran terpilih di seluruh negara.
Selain itu, pelanggan juga turut menikmati diskaun sehingga RM20 apabila menempah barangan menerusi GrabMart dan membuat pembayaran melalui PayLater by Grab.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen akhir tahun ini, orang ramai atau pelanggan layari laman sesawang https://www.grab.com/my/campaign/year-end-gifting-2024/ .-https://amiminerals.org/