GISBH tidak pernah bayar cukai – KPN

WhatsApp Image 2024 09 24 at 3.49.12 PM

Salah sebuah kafe Ikhwan di Kuala Muda yang ditutup sejak beberapa hari lalu.

KUALA LUMPUR – GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) didapati tidak pernah membayar cukai hasil semakan dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu selari dengan siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ini dikesan hasil kolaborasi siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama LHDN yang mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan.

“PDRM menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan babit GISBH ini,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, Kosmo! melaporkan reman Pengerusi Eksekutif GISBH merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isterinya disambung empat hari lagi.

Lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut menerima tempoh reman sama adalah 22 lagi individu tertinggi dalam pengurusan GISBH dianggarkan berusia 25 hingga 65 tahun.

Reman bermula 26 hingga 29 September itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.-https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *