Geng Darshan curi kabel TNB diberkas

Antara barangan dirampas dari ‘Geng Darshan di Bentong Pahang kelmarin.

Antara barangan dirampas dari ‘Geng Darshan’ di Bentong, Pahang, kelmarin.

HULU SELANGOR – Polis menahan empat ahli ‘Geng Darshan’ dipercayai dalang kes kecurian kabel di Pusat Pencawang Utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Batang Kali, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, tangkapan ke atas suspek lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an itu dilakukan di sekitar Bentong, Pahang, kelmarin.

Turut ditemui bersama mereka adalah beberapa peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti samun serta mencuri kabel.

“Antara dirampas sebuah trak pikap jenis Ford Ranger, pemotong dawai, sebuah lori jenis Hino, gari, timbunan lapisan luar pembalut kabel warna hitam bercetak TNB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati tiga suspek tidak mempunyai rekod lampau manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah.

Tambah Ahmad Faizal, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 397 dan 395 serta 170 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis supaya dapat mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.-https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *