Gempa bumi Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas

WhatsApp Image 2024 08 13 at 17.26.29

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dengan kejadian gempa bumi di timur bandar Hama, Syria semalam.

Susulan kejadian itu, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang memantau rapi perkembangan bencana itu dengan magnitud 4.8 yang berlaku pada pukul 11.56 malam waktu tempatan.

Menurut Wisma Putra, gegaran telah memberikan kesan kepada Syria dan Lebanon dan turut dirasai sejauh Jordan dan Türkiye.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan memantau keadaan semasa.

“Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Wisma Putra, rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar keberadaan mereka adalah amat digalakkan berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon dan sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *