Gajah mati ketika beranak

e57d25b4 8484 43c9 99af 8739f47f91d9

BAHARUDIN menunjukkan bangkai gajah betina yang ditemui dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Contoh, Kahang, Kluang petang semalam.

KLUANG – Seekor gajah betina ditemukan mati di Kampung Contoh, Kahang di sini tengah hari semalam dipercayai mengalami kesukaran untuk melahirkan anak dalam kandungannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, aduan diterima pihaknya pada pukul 2.30 petang semalam di ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Contoh, Kahang.

Katanya, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor telah hadir ke lokasi dan mendapati tiada kecederaan fizikal berlaku ke atas bangkai gajah berkenaan.

“Turut ditemukan seekor anak gajah yang juga sudah mati berhampiran bangkai gajah betina dewasa tersebut. Gajah tersebut dipercayai pecahan daripada kumpulan gajah dari Bandar Tenggara, siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kedua-dua bangkai gajah itu akan ditanam di kawasan penemuan selepas pengambilan sampel dilakukan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

Ketua Kampung Contoh, Baharuddin Aman berkata, kejadian ini adalah yang pertama berlaku di kampung berkenaan walaupun sering ‘dikunjungi’ oleh haiwan liar terbabit. – https://amiminerals.org/