Gajah mati dilanggar treler

WhatsApp Image 2024 09 06 at 07.55.41

GAJAH jantan dewasa yang mati selepas dilanggar sebuah lori treler dalam kejadian berhampiran Kampung Sri Timur di Kluang, malam tadi.

KLUANG – Seekor gajah mati selepas dilanggar sebuah treler dalam kejadian di Jalan Sri Timur berhampiran Kampung Sri Timur di Kluang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pukul 10.45 malam itu melibatkan sebuah lori treler Azman Jumari, 53 ketika dalam perjalanan daripada Mersing menghala ke Felda Kahang Timur.

“Sebaik sampai dilokasi kejadian, seekor gajah jantan dewasa dikatakan melintasi jalan secara tiba-tiba, keadaan mengejut itu menyebabkan pemandu treler berkenaan tidak sempat mengelak serta memberhentikan kenderaan dipandunya lalu melanggar gajah berkenaan.

“Akibat daripada perlanggaran itu, gajah berkenaan mati manakala treler tersebut mengalami kerosakan dibahagian hadapan kiri namun pemandunya tidak cedera,”katanya melalui kenyataan pagi ini.-https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *