Gadis hilang dibawa arus selepas turun dari pelampung

WhatsApp Image 2024 11 17 at 21.30.14 e1731851018723

ANGGOTA bomba melaksanakan SAR seorang wanita yang dikhuatiri lemas di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai, Gerik hari ini. – Foto IHSAN JBPM

GERIK – Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah bersama ibu dan tiga ahli keluarga yang lain di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai di sini hari ini.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Nur Arina Azizan, 20. Difahamkan kejadian pada pukul 2.30 petang itu berlaku ketika lima sekeluarga tersebut mandi di sungai berkenaan menggunakan pelampung sebelum terpisah dengan yang lain.

Tindakan mangsa turun daripada pelampung menyebabkan dia dihanyutkan arus. Ibu mangsa yang melihat kejadian itu cuba membantu sebelum turut dibawa arus.

Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung, manakala anaknya hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.11 petang sebelum sepasukan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan dengan melaksanakan ‘open surface searching’ berdekatan lokasi mangsa hilang sebelum ditangguhkan pada pukul 7 malam tadi.- https://amiminerals.org/