FD4: Zahid, Anne tersingkir bersama Naqiu, Joey

2f7e3ba5 4b5e 4cac a7af 8c158d82db89

Zahir dan Anna antara yang tersingkir pada separuh akhir Famili Duo 4.

SHAH ALAM – Perjalanan pasangan sepupu iaitu penyanyi Naqiu dan Joey Daud untuk mara ke final Famili Duo musim keempat (FD4) berakhir apabila diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir.

Konsert semi final yang berlangsung malam tadi menyaksikan Naqiu dan Joey yang mendendangkan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU), Inilah Nasibku (Nico) dan Kejoraku Bersatu (Search) meraih markah mingguan keseluruhan terendah.

Naqiu dan Joey pada konsert meraih komen kurang memberansangkan daripada juri tetap FD4 iaitu Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Turut mengikuti langkah Naqiu dan Joey, pasangan adik-beradik iaitu Zahid dan Anne untuk ke final FD4 turut terkandas yang turut meraih markah keseluruhan mingguan terendah.

Pada konsert minggu ketujuh malam ini, mereka mendapat kritikan kurang memuaskan daripada juri usai membawa tiga buah lagu iaitu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain, Malam Ini Kita Punya (Bunkface) dan Melompat Lebih Tinggi (Sheila on 7).

Sementara itu, pasangan Ayie dan Salma pula meneruskan kecemerlangan apabila menjuarai minggu ketujuh dengan markah tertinggi seterusnya melayakkan diri ke pentas akhir.

Mereka yang memilih lagu Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo) sekali gus memenangi habuan wang tunai RM10,000.

Sementara, barisan peserta yang akan berentap di pentas akhir merebut gelaran juara ialah Salma Asis dan Ayie Elham (sepupu), Tomok dan Sharul Kamal (sepupu) serta Shiha Zikir dan Ieda Zikir (adik-beradik).

Minggu akhir Famili Duo minggu hadapan kesemua finalis bakal membuat persembahan bertemakan bebas dan duet/vokal berkumpulan.

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian Tonton membabitkan 30 peratus.

Minggu depan, tiga pasangan duo bakal merebut takhta juara FD4 yang menawarkan hadiah berjumlah RM100,000. – https://amiminerals.org/