Fattah dan Fazura bercerai, netizen yang berbalah

WhatsApp Image 2024 10 07 at 17.31.38 c272c4a7

Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadi selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepasa Fazura.

PETALING JAYA – Selepas tujuh jam pasangan selebriti popular, Fattah dan Fazura bercerai talak satu, netizen masih tidak berhenti berbalah mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen artikel yang berkongsi kisah perceraian Fattah, 33, dan Fazura, 41, memperlihatkan pengguna media sosial berpecah kepada dua yang mana sebahagian mereka menyokong pelokon filem Gol Dan Gincu manakala separuh lagi mempertahankan Fattah.

“Aku ‘team’ Fattah. Aku yakin dia sudah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai suami dan bapa. Cuma mungkin nilai yang diberi tidak sampai tahap Fazura. Sebab itu isu nafkah berbangkit,” kata Syazee.

“Siapa ‘team’ Fattah sila hadir,” soal Aziah.

Sementara itu, penyokong yang memihak Fazura terus mempertahankan tindakan usahawan wanita itu dan menggesa Fattah untuk segera memohon maaf kepada bekas isterinya atas pengabaian yang dilakukannya sebelum ini.

“Fattah, sebagai suami jangan ego. Hati isteri perlu diutamakan, kalau sudah tidak sayang jangan pula curang di belakang. Kalau dulu kami ‘team’ Faztah, sekarang berdiri hanya untuk Fazura,” tegas Erny.

“Sedih tengok Faz (Fazura) menangis, dedahkan punca cerai,” kata Ungu Hati.

Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pukul 9.45 pagi tadi selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Ini selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *