Fatin Darynn Erisha dicari, hilang dari sekolah asrama penuh

Fatin Daryn

Fatin Daryn.

HULU TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah berasrama penuh di daerah ini dikhuatiri hilang setelah keluar dari asrama sekolahnya, kelmarin.

Kehilangan Fatin Darynn Erisha Azmirudin, 16, disedari gurunya apabila dia tidak hadir ke dalam kelas, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, siasatan pihak sekolah mendapati gadis itu dikatakan menghilangkan diri dari asrama sekolahnya sejak Sabtu lalu.

“Laporan polis berhubung kehilangan pelajar (Fatin Darynn Erisha) yang berasal dari Taman Tiara Paka, Dungun telah dibuat pada pukul 7.20 malam, semalam. Usaha menjejaknya sedang giat dilakukan,”katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah Hulu Terengganu di talian 09-6812419. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *