EPL: Arsenal buru kemenangan kelima

ARSENAL 3

ARSENAL kembali mengekalkan prestasi terbaik apabila meraih empat kemenangan berturut-turut termasuk tiga aksi di EPL. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyeru barisan pemain untuk kekalkan fokus dalam usaha meraih kemenangan kelima berturut-turut menjelang aksi bertemu Fulham pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Menurut Arteta, Fulham boleh memberikan cabaran yang berbeza buat pasukannya yang terdesak untuk terus mencari mata bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Liverpool ketika ini.

“Ini adalah perlawanan yang penting buat pemain kerana Fulham ketika ini mempamerkan prestasi yang cukup konsisten. Malah, rekod pasukan dengan mereka pada musim lepas juga tidak begitu baik apabila kita kehilangan lima mata yang penting.

“Justeru, saya mahu pemain menggandakan usaha dalam memastikan badi tersebut dapat dipecahkan sekali gus melakar kemenangan pada aksi yang sukar di tempat lawan nanti,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Sementara itu, Arteta turut mengesahkan dua pemain utama di posisi pertahanan, Gabriel Magalhaes dan Riccardo Calafiori masih belum pulih sepenuhnya dan mungkin disisihkan sekali lagi.

“Kita mengharungi jadual padat dan masih ada beberapa pemain yang belum cergas sepenuhnya ketika ini seperti Gabriel dan Calafiori.

“Namun, kita masih ada tonggak pengganti di posisi pertahahan seperti Jurien Timber yang telah mempamerkan prestasi yang cukup ampuh sewaktu menentang Manchester United sebelum ini,” katanya. – AGENSI