ecoBrown’s perkenal Brice Truffle

Serba Wangi 1

VYNCE (kanan) dan Keng (kiri) bersama kumpulan K-Pop Treasure menyempurnakan gimik pelancaran Brice berperisa Truffle di Sunway Pyramid kelmarin.

PETALING JAYA – Jenama beras premium, ecoBrown’s kelmarin melancarkan perisa Truffle bagi produk Brice, iaitu snek sihat yang diperbuat daripada campuran beras perang, beras merah dan beras hitam.

Sebelum ini, ecoBrown’s, salah satu jenama di bawah syarikat Serba Wangi Sdn. Bhd., memper­kenalkan Brice pada Ogos 2024 dengan dua perisa iaitu Spicy Cheese dan Seaweed yang mana kedua-duanya mendapat sambutan baik daripada pasaran.

Brice berperisa Truffle merupakan kesinambungan daripada kejayaan tersebut dan lebih menarik, majlis pelancarannya disempurnakan oleh kumpulan K-Pop terkenal, Treasure yang terdiri daripada Choi Hyun Suk, Doyoung, Haruto dan Park Jeong Woo di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Menurut Ketua Pemasaran SW Food, Vynce Lim, pelancaran ini amat bermakna kerana ia mencipta detik istimewa bersama kawan-kawan, keluarga tersayang dan pelanggan setia.

“Brice Truffle bukan sahaja menawarkan snek yang lazat tetapi juga dihasilkan daripada beras berkualiti premium. Ia mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang menggemari snek ringan tetapi pada masa sama, mahu mengekalkan tubuh badan yang sihat.

“Ini kerana, Brice merupakan snek yang tinggi dengan serat pemakanan, sumber Vitamin B3, serta kaya dengan Vitamin B6 dan Vitamin E.

“Dengan slogan ‘Snack the Smart Way’, snek ini dihasilkan melalui proses ‘baked, not fried’ dan didatangkan dalam pek 40 gram (g) dan 100g,” katanya.

Serba Wangi 2
Sebahagian daripada peminat bertuah yang berpeluang berinteraksi bersama kumpulan Treasure.

Turut hadir pada majlis pelancaran Brice Truffle adalah Ketua Perdagangan Am Serba Wangi Sdn. Bhd., Keng.

Tambah Vynce, pihaknya sa­ngat teruja melancarkan produk terbaharu itu dengan penampilan khas kumpulan Treasure untuk memberikan pelanggan setianya satu pengalaman eksklusif yang tidak dapat dilupakan.

Dalam majlis berkenaan, Brice meraikan 100 orang peminat bertuah yang memenangi peraduan Brice With Treasure untuk hadir ke sesi bergambar eksklusif bersama idola mereka.

Sempena pelancaran itu juga, turut berlangsung ialah Brice Roadshow selama lima hari iaitu dari 29 Mei sehingga 2 Jun 2025 di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid.

Ujar Vynce, Brice Roadshow dianjurkan sebagai tanda penghargaan syarikat kepada pelanggan yang tidak putus-putus memberi sokongan penuh kepada produk tersebut .

Sepanjang acara berkenaan berlangsung, para pengunjung berpeluang memenangi hadiah istimewa dengan menyertai tiga aktiviti permainan yang disediakan.

Serba Wangi 3
Pelanggan berpeluang mendapatkan produk Brice pada harga promosi di Sunway Pyramid.

Selain itu, pengunjung boleh membeli ketiga-tiga produk Brice dengan tawaran harga promosi, termasuk tiga pek Brice perisa Spicy Cheese dan Seaweed sebe­rat 100g hanya pada harga RM10.

Orang ramai juga boleh membeli pada harga yang sama bagi pek 40g untuk enam pek.

Sementara itu, bagi promosi Brice perisa Truffle pula, ia ditawarkan pada RM9 untuk dua pek seberat 100g, manakala empat pek dengan berat 40g berharga RM10.

Produk Brice kini boleh didapati di pasar raya besar seperti Jaya Grocer, Lotus’s, AEON dan lain-lain.

Sejak ditubuhkan pada 1993, Serba Wangi Sdn. Bhd. telah berkembang menjadi salah satu pengilang dan pemborong beras terkemuka negara yang memberi tumpuan kepada perniagaan beras.

Perniagaan ini meliputi skala aktiviti yang meluas daripada pengilangan, pemprosesan dan pembungkusan, sehingga pengedaran pelbagai beras dan produk beras di bawah jenama utama Jati.

Pada 2019, Serba Wangi Sdn. Bhd. melancarkan jenama baharu yang dikenali sebagai Jati Signature, iaitu jenama beras premium sebagai penghargaan kepada semua pengguna atas sokongan setia mereka.

Antara barisan produk terkenal di bawah syarikat Serba Wangi Sdn. Bhd. ialah Kapal Layar, Carnation, Songhe Noble Pine Crane, Songhe Lotus dan ecoBrown’s.